AI atau kecerdasan buatan menjadi fokus utama Google pada acara Google I/O 2023 hari ini. Selain menyentuh penggunaannya pada GMail, Google turut mengumumkan sebuah ciri baharu yang akan hadir pada Google Photos, iaitu ciri Magic Editor.

Magic Editor membolehkan sesebuah gambar dikenal-pasti, sekaligus memudahkan penyuntingan gambar padanya – termasuk memposisikan semula kedudukan, mengubah perspektif, mengoptimasikan komposisi gambar, selain turut melakukan perubahan pada pencahayaan langit dan sebagainya.
Google mengatakan ciri ini akan hadir ke Google Photos tidak lama lagi. Sebelum ini juga, Google turut telah memperkenalkan Magic Eraser yang memudahkan pengguna membuang sesuatu perkara dari gambar dengan mudah terus pada telefon pintar.