Carian
Google Bard Boleh Diakses Semua Pengguna Bermula Hari Ini – Jawapan ChatGPT Dari Google
May 11, 2023 Effi Saharudin

Kecerdasan buatan (AI) Bard kini dilancarkan kepada pengguna global. Pengumuman dilakukan oleh di acara Google I/O pagi ini. Bard kini dikemaskini untuk menggunakan LLM baharu mereka PaLM2 yang menyokong 100 bahasa utama dunia. Sungguhpun begitu pada waktu Bard hanya menyokong Bahasa Inggeris, Jepun dan Korea sahaja terlebih dahulu. Dalam masa terdekat sokongan 40 bahasa utama akan dibawakan dalam Bard.

Dengan penggunaan model PaLM2 baharu, kemampuan Bard dipertingkatkan lagi berbanding yang diberikan sebagai akses awal beberapa bulan lalu. Jawapan yang diberikan oleh Bard kini lebih bijak dengan ia turut mempunyai integrasi ciri lain Google seperti Google Lens. Terdapat ciri untuk mengeksport jawapan Bard dengan mudah ke Sheet atau Docs. Ia juga boleh digunakan untuk memberikan saranan dalam menulis pengaturcaraan.

Google turut mengesahkan dalam masa terdekat ia boleh digunakan bersama Adobe Firefly untuk menjana imej seperti kemampuan DALL.E 2 dan MidJourney. Dengan pelbagai kemampuan di bawah satu payung AI, Bard akan menjadi jawapan kepada kesemua kecerdasan buatan generatif yang kini wujud di luar sana.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak Google Bard hari ini, dan melihat kepada penawaran Google dalam arena kecerdasan buatan.

Komen