Cari @ Amanz

Google Bard merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan Google dalam memudahkan pengguna mendapat hasil dijana kecerdasan buatan, dalam bentuk perbualan, lebih kurang seperti ChatGPT.

Selepas ditawarkan secara terhad, Google hari ini membuka akses untuknya kepada semua pengguna seluruh dunia. Selari dengannya juga, Google Bard kini umum kerjasama dengan pihak Adobe Firefly. Untuk makluman, Adobe Firefly merupakan perkhidmatan penjanaan imej berasaskan kecerdasan buatan oleh Adobe. Ia masih ditawarkan secara terhad dalam bentuk beta tertutup.

Menariknya hari ini, Google mengatakan ciri Adobe Firefly akan hadir ke Bard tidak lama lagi. Dengan langkah ini, pengguna boleh menjana imej yang diperlukan terus melalui Bard, dan ia akan dikuasakan Adobe Firefly.

Disamping itu, Google turut menyatakan lebih ramai rakan kerjasama akan mengintegrasikan penawaran masing-masing pada Bard tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd