Google hari ini mengumumkan beberapa kemaskini pada enjin carian mereka, termasuk menambah sebuah tab baharu dinamakan Perspectives.
Google menyatakan ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang, dimana ia akan menghimpunkan kandungan daripada perkongsian pengguna. Untuk tujuan tersebut, Google akan menghimpunkan kandungan dari forum dan media sosial dibawah tab ini.

Selain perkongsian bertulis, ia juga akan turut menghimpunkan video pendek, gambar dan lain-lain. Pada hasll himpunan pada tab Perspectives ini, ia turut akan memaparkan maklumat berkenaan mereka yang menerbitkan informasi tersebbut – seperti nama dan gambar profil.
Kemaskini ini adalah sebahagian daripada kemaskini baharu pada enjin carian Google. Bergerak kehadapan, Google juga akan mengintegrasikan sokongan penjanaan berasaskan kecerdasan buatan pada hasil carian mereka.