Cari @ Amanz

Saya melabel diri sendiri sebagai seorang peminat permainan video. Apa yang saya sedari ialah sejak mencecah umur 40 tahun dan telah bergelumang dalam dunia permainan lebih tiga dekad, pergerakan jari tidak lagi sepantas dahulu kerana faktor usia. Tetapi bagi segelintir individu OKU, untuk menikmati permainan video adalah hampir mustahil kerana tiada sokongan peranti atau perisian yang baik.

Google telah memperlihatkan Project Gameface yang membolehkan golongan OKU yang tidak boleh menggunakan peranti input konvensional seperti tetikus mengawal permainan video menggunakan wajah.

Kamera Project Gameface menjejak 468 titik pada wajah pemain, dengan bantuan AI setiap pergerakan wajah digunakan untuk mengawal watak dalam permainan video. Bukaan mulut, lokasi hidung, dan pandangan mata juga boleh digunakan sebagai input kawalan menerusi Project Gameface.

Google melancarkan projek ini secara sumber terbuka menerusi Google MediaPipe. Pengguna hanya perlu mempunyai sebuah komputer dan kamera web biasa untuk menggunakan Project Gameface sekarang sebagai pengganti tetikus. 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd