Carian
YouTube Menguji Menyekat Pengguna Yang Pasang Penghalang Iklan
May 11, 2023 Aman

YouTube kini dilihat menguji sebuah kaedah baharu, yang menghalang atau menyekat akses kepada pengguna yang memasang dan menggunakan penghalang iklan (ad blocker) di perkhidmatan video berkenaan.

Sekiranya pengguna memasang penghalang iklan pada pelayar web mereka, maka sebuah notis pop-up akan dipaparkan, sekaligus menghalang akses kepada pengguna dalam menonton atau menggunakan YouTube.

Pihak YouTube melalui notis berkenaan memberikan pilihan kepada pengguna untuk membenarkan iklan di YouTube dengan nyah-aktifkan penghalang iklan berkenaan, atau melanggan YouTube Premium untuk mengakses perkhidmatan tersebut tanpa iklan.

Buat masa ini, ia sekadar eksperimen di YouTube, dan tidak diketahui sama ada akan diperluaskan kepada semua atau sebaliknya. Bagi anda yang ingin melanggan YouTube Premium, ia ditawarkan pada harga RM17.90 sebulan di Malaysia.

Komen