Carian
Microsoft Akan Mengemaskini Model Bing Chat Sebanyak 3 Kali Setahun
May 11, 2023 Aman

Bing Chat sedia mencuri perhatian ramai pengguna seluruh dunia, membawa kepada lebih 100 juta pengguna aktif setiap hari. Bagi yang tidak mengenali Bing Chat, ia merupakan penawaran Microsoft pada enjin carian Bing, mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan GPT-4, sekaligus membolehkan pengguna menerima maklumbalas dalam bentuk perbualan bersama Bing.

Menyentuh mengenainya, pihak Microsoft kini berkongsi mengatakan Bing Chat akan dikemaskini modelnya sebanyak tiga kali setahun. Ini adalah anggaran kasar buat masa ini, dan berkemungkinan ia berubah dengan perkembangan kecerdasan buatan yang pesat kebelakangan ini.

Melalui kemaskini model untuk Bing Chat, ia akan menyertakan sejumlah ciri-ciri baharu, sokongan format yang lebih meluas, dan pelbagai perkara baharu yang lain. Kemaskini ini juga dijangka memberikan kesan positif dan penambah-baikkan pada algoritma enjin carian Bing tersebut sendiri.

Selain kemaskini model, kemaskini semasa lain turut akan dilakukan pada Bing dalam terus menambah-baik enjin carian mereka tersebut.

Komen