Huawei P60 Pro akhirnya dilancarkan di Malaysia pada hari ini. Ia diumumkan sebagai peranti mercu terkini Huawei yang hadir dengan kemaskini menarik daripada pelbagai aspek khususnya buat para penggemar fotografi di luar sana.
Bagi yang berminat, peranti dijual dengan harga bermula RM4699 (8GB/256GB) dan RM5499 (12GB/512GB) yang boleh didapati dalam dua piliha warna seperti Rococo Pearl atau Black.
Huawei P60 Pro dilengkapi dengan skrin melengkung sebesar 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 tanpa 5G bersama gabungan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Kapasiti bateri pula sebesar 4815mAh yang juga boleh dicas semula dengan sistem pengecasan pantas berwayar 88W dan nirwayar 50W.
Sistem tri-kamera digunakan pada tahun ini yang terdiri dengan 48MP f/1.4~f/4.0 dengan OIS, 48MP telefoto f/2.1 dengan OIS dan 13MP ultra sudut lebar f/2.2. Kemampuan zum optikal hingga 5X dan zum digital 100X disokong, selain turut menggunakan sistem kamera XMAGE yang menggantikan sistem Leica sebelum ini.
Bahagian hadapan pula memuatkan kamera swafoto 13MP f/2.4. Kemudian tubuh peranti juga melepasi piawaian IP68, dalam masa sama turut sistem pembesar suara stereo dan pemancar inframerah.
- Beli: HUAWEI P60 Pro