Cari @ Amanz

Pelancaran hari ini turut menyediakan penawaran baharu untuk peranti dengan skrin boleh lipat keluaran Huawei. Dikenali sebagai Huawei Mate X3, ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM8,888 (12GB/512GB) dengan pilihan warna Dark Green Vegan Leather dan Black. Ketersediaan bermula sekarang yang boleh didapati secara dalam atau luar talian menerusi pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.

Generasi baharu peranti boleh lipat Huawei ini hadir dengan skrin 6.4″ OLED LTPO di luar dan 7.85″ OLED LTPO boleh lipat di bahagian dalam. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 tanpa 5G digunakan sebagai tunjang utama bersama gabungan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Peranti ini juga memuatkan bateri sebesar 4800 mAh dengan pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 50W.

Sokongan kamera utama pula terdiri dengan lensa sudut lebar 50MP OIS RYYB, utra sudut lebar 13MP dan telefoto periskop 12MP dengan kemampuan zum optikal sehingga 5X. Sementara itu sensor 8MP pula digunakan bagi tujuan kamera swafoto pada kedua-dua belah skrin.

Menariknya lagi apabila tubuh peranti juga mempunyai kemampuan kalis air IPX8 yang masih jarang berlaku pada sesebuah peranti boleh lipat. Terdapat juga mod tangan basah khusus yang membolehkan skrin peranti mengenali input sentuhan tanpa masalah meskipun digunakan sewaktu jari sedang basah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd