Hyundai, syarikat automotif dari Korea Selatan kini meletakkan sasaran baru, ingin menjadi antara tiga pengeluar kereta elektrik terkemuka dunia, menjelang tahun 2030 kelak. Selari dengannya, Hyundai meningkatkan lagi pelaburan dalam arena penyelidikkan dan pembangunan dibawah mereka.
Untuk makluman, dibawah Hyundai juga, terdapat jenama kenderaan lain, termasuk Kia.
Berkongsi lanjut, CEO Hyundai menyatakan akan membangunkan dua lagi platform untuk kenderaan elektrik, serta hadir dengan sekitar 18 model kenderaan elektrik menjelang 2030 kealk.
Untuk tahun lepas, Hyundai menduduki tangga ke-6 dalam pengeluaran kereta elektrik. Tangga pertama diterajui BYD, dan diikuti oleh Tesla, SAIC, Volkswagen dan Geely.