Masih ingat dengan jam tangan pintar bersama fon telinga terbina iaitu Huawei Watch Buds sebelum ini? Ia kini telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga jualan RM2,199. Anda yang berminat boleh mendapatkan jam tangan ini sekarang menerusi pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.


Huawei Watch Buds hadir dengan keseluruhan tubuh yang diperbuat daripada Stainless Steel bersama gabungan tali jam sejenis kulit. Seperti namanya jam tangan ini juga mempunyai fon telinga terbina yang boleh dicapai dengan cara membuka paparan skrin jam ini. Huawei menggunakan penutup muka jam berasaskan magnetik bagi tujuan tersebut.


Ini dipadankan pula dengan skrin AMOLED 1.47-inci dengan 416 X 416 piksel digunakan pada jam tangan ini. Hanya satu pilihan saiz disediakan iaitu 22mm, sementara itu talinya pula boleh didapati dalam warna Khaki atau putih.


Terdapat juga kebolehan penjejakan nadi, sistem GPS, menjejaktidur, menjejak aktiviti sukan dan melakukan panggilan telefon terbina apabila diperlukan. Huawei juga mendakwa ketahanan bateri jam boleh mencapai 3 hari dengan penggunaan biasa, kemudian fon telinga pula selama 3 jam dengan ANC.