Cari @ Amanz

Huawei Watch Ultimate juga mula ditawarkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Daripada nama rasanya kita semua sudah boleh menjangkakan ia merupakan seutas jam tangan tahan lasak sesuai dengan aktiviti luar. Watch Ultimate boleh dibeli pada RM3799 dengan satu pilihan warna iaitu Blue Ketersediaan bermula hari ini menerusi kedai atas talian atau pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.

Binaan tubuh Huawei Watch Ultimate terdiri dengan bahan berbeza yang merangkumi kaca nilam digunakan pada muka, sementara itu bezel dan panel belakang pula diperbuat daripada bahan seramik. Turut disertakan pada muka jam ini adalah bahan premium Liquidmetal yang menjadikannya sehingga 4.5 kali ganda lebih tahan lasak dan 2.5 kali ganda lebih keras berbanding besi tahan karat.

Turut diberikan sokongan ciri standard membaca nadi, ECG, kepekatan oksigen dalam darah, menjejak tapak, GPS dan mengesan sehingga 100 aktiviti sukan secara automatik. Lebih menariknya lagi apabila ia turut boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 100 meter. Turut disertalan komputer menyelam terbina yang mampu memberikan peringatan dan amaran ketika melakukan aktiviti berkenaan.

Kapasiti bateri diiklankan mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan normal. Ia kemudiannya berkurang kepada 8 jam pula apabila digunakan secara drastik. Seterusnya jam tangan ini juga menyokong kemampuan pengecasan nirwayar yang boleh mengecas penuh bateri sekitar satu jam.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd