Cari @ Amanz

Set fon telinga nirwayar baharu Huawei turut ditawarkan di Malaysia hari ini menerusi FreeBuds 5. Ia tampil unik berbanding TWS biasa yang mengetengahkan rekaan seakan titisan air. Bagi yang berminat, fon telinga ini ditawarkan pada harga RM699 dengan dua pilihan warna menarik seperti perak dan putih.

Huawei FreeBuds 5 dilengkapi pemandu audio 11 mm dan setiap daripadanya mempunyai tiga mikrofon dan alogoritma deep neural network (DNN) bertujuan menjadikan panggilan lebih baik. Ini dipadankan pula dengan sistem pembatalan hingar aktif berasaskan 3.0 yang mampu mengurangkan bunyi bising di kawasan sekeliling.

Dengan bateri 505mAh, fon telinga ini mampu beroperasi selama 30 jam berterusan jika ANC dimatikan. Jika sebaliknya, ia boleh bertahan maksimum 20 jam dengan pod pengecas. Lain-lain spesifikasi sambungan bluetooth 5.2, kalis percikan air IP54 dan sokongan dwi-peranti secara serentak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd