Telekom Malaysia kini meneruskan transformasi syarikat ke arah sebuah syarikat teknologi memfokuskan insan, dan telah membentuk sebuah kampus Telekom Malaysia di Cyberjaya. Selari pembentukkan kampus ini, TM turut memindahkan ibu pejabat ke Cyberjaya berbanding di Menara TM sebelum ini.

Di kampus TM ini juga, selain ibu pejabat, ia turut menyertakan beberapa bangunan dan bahagian perniagaan lain, termasuk TM Innovation Hub, TM Network Intelligence Centre dan juga TM Core Data Centre. Dengan pembentukkan kampus juga, TM ingin terus meningkatkan produktiviti, selain turut memberikan persekitaran pekerjaan yang lebih fleksibel dan hibrid.
Selari langkah ini, TM turut menyatakan mereka mengimplementasi polisi pekerjaan hibrid dengan tiga hari bekerja di pejabat, dan dua hari di mana-mana.
Bersama-sama peralihan lokasi ibu pejabat, TM turut menyatakan slogan baharu mereka, “Masa Depan Anda, Kini”.