Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 Pro 5G akhirnya ditawarkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Harga jualan peranti bermula RM1,099 untuk Redmi Note 12 5G (8GB/256GB). Seterusnya Redmi Note 12 Pro 5G (8GB/256GB) pula boleh dibeli pada RM1,299. Ketersediaan bermula 12 Mei 2023 menerusi pengedar sah Redmi di seluruh Malaysia dengan Redmi Buds 4 Lite diberi percuma.

Redmi Note 12 Pro 5G dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.67-inci FHD+ (2400 x 1080 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini turut mempunyai kemampuan memaparkan 100% daripada warna gamut DCI-P3 dan menyokong Dolby Vision, di sampinh turut dilapisi Corning Gorilla Glass 5 sebagai pelindungan tambahan.

Ini dipadankan pula dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1080, memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS2.2. Peranti juga mempunyai kamera utama 50MP OIS (IMX766) (lebar) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera swafoto 16MP. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 67W.

Redmi Note 12 5G juga dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.67-inci FHD+ (2400 x 1080 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip pemprosesan Snapdragon 4 Gen 1,memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS2.2. Peranti juga mempunyai kamera utama 48MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera swafoto 13MP. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 33W.