Ramai rakyat Malaysia kini dilihat sedang menunggu untuk kehadiran vaksin bivalen COVID-19 yang dilihat akan membantu dalam mengurangkan kebarangkalian orang ramai untuk diserang virus COVID-19 dengan variasi Omicron.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dilihat mahu mendapatkan vaksin bivalen Pfizer-BioNTech yang dilihat terbukti mengurangkan kebarangkalian dijangkiti virus tersebut, dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengatakan bahawa mereka kini sedang menunggu kelulusan dari pihak Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan vaksin tersebut.
Perbincangan untuk mendapatkan vaksin tersebut sudahpun bermula sejak bulan Mac lalu diantara kerajaan dan juga Pfizer-BioNTech, tetapi tidak banyak yang diketahui mengenainya sehingga kini. Bahagian Regulatori Farmasi Negara telahpun memberi kebenaran untuk membawa vaksin-vaksin ini masuk kedalam negara untuk digunakan sebagai vaksin penggalak untuk mengurangkan jangkitan daripada varian Omicron BA.1 dan BA.4-5.