Carian
Ciri Penyulitan Pada Twitter DM Terhad Untuk Pengguna Twitter Blue Sahaja
May 11, 2023 Fahim Zahar

Ciri penyulitan hujung-ke-hujung atau menyeluruh pada platform pemesejan biasanya ada percuma. WhatsApp, Signal, Messenger, iMessage dan lain-lain. Pembangun akan terus tawarkan ciri ini secara automatik untuk melindungi pengguna.

Melalui penyulitan kandungan dalam ruang perbualan seperti semua teks, gambar dan sebagainya tidak akan bokeh diakses oleh sesiapa. Semalam Twitter DM telah dikemaskini dengan ciri bebenang dan lebih banyak emoji untuk reaksi dengan Elon Musk mengesahkan penyulitan pada mesej DM turut akan diberikan.

Tetapi apa yang tidak diberitahu adalah penyulitan pada DM ini terhad kepada pengguna berbayar sahaja. Bermakna pengguna Twitter Blue individu, pengguna organisasi yang membayar RM4500 sebulan dan pengguna di bawah organisasi yang membayar RM230 sebulan.

Penyulitan juga hanya akan berlaku jika penerima dan penghantar menggunakan versi Twitter terkini, pernah menghantar DM, pernah meluluskan penerimaan DM dan wajib mengikuti antara satu sama lain. Ciri ini juga terhad kepada pemesejan individu dan tidak menyokong kumpulan serta terhad kepada teks dan pautan sahaja. Twitter turut menegaskan yang walaupun teks dan pautan telah disulitkan metadata seperti bila mesej dihantar tidak.

Di ruangan DM juga anda akan melihat yang DM yang mempunyai penyulitan akan mempunyai ikon mangga bagi membezakan dengan Dm yang biasa.

Komen