Cari @ Amanz

Sony hari ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu untuk tahun 2023, iaitu Xperia 1 V. Selari dengan pengumuman berkenaan, pihak Sony Malaysia kini bergerak pantas dan turut mengesahkan telefon berkenaan akan hadir ke pasaran tempatan pada bulan Julai kelak.

Sony Xperia 1 V hadir dengan skrin 6.5-inci yang menawarkan paparan pada resolusi mencapai 4K, serta dilengkapi dengan kadar segar semula 120Hz. Menjana telefon ini adalah cip Snapdragon 8 Gen 2. Seperti pelbagai telefon Sony, ia turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu.

Pada bahagian kamera, Sony Xperia 1 V menyertakan sensor utama 52-megapixel dan dilengkapkan bersama sensor 12MP ultra-lebar dan 12MP telefoto. Pada bahagian swafoto pula, ia menggunakan sensor 12MP dihadapan. Xperia 1 V menggunakan bateri 5000mAh yang dicas menggunakan kabel USB-C.

Di Malaysia, hanya satu model akan ditawarkan, iaitu Xperia 1 V dengan 12GB RAM dan 256GB storan. Telefon ini akan dijual pada harga RM6399. Buat masa ini, promosi untuk pembelian awal masih tidak diketahui lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd