Facebook kini sudah mula memaklumkan para pengguna aplikasi Messenger pada jam tangan pintar Apple Watch, menyatakan sokongan untuk aplikasi berkenaan akan ditamatkan pada 31 Mei 2023 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, pengguna tidak akan dapat menggunakan sepenuhnya aplikasi Messenger di Apple Watch. Pengguna akan terus menerima notifikasi untuk mesej-mesej baharu, tetapi tidak lagi boleh membalas mesej berkenaan melalui Apple Watch.
Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah sebab utama Meta atau Facebook menamatkan sokongan untuk aplikasi Messenger untuk Apple Watch. Adakah Facebook sedang dalam persiapan untuk hadir dengan sebuah penawaran baharu, selari pengenalan widget yang diperkatakan pada watchOS 10 kelak?
- Sumber
- CultofMac