Cari @ Amanz

Microsoft kini dilaporkan berhasrat agar dapat memenangi bidaan pada pihak Mozilla, yang membolehkan Bing menjadi enjin carian utama pada Firefox. Dengan langkah ini, ia memperlihatkan Microsoft sedang memfokuskan kembali kepada enjin carian mereka selepas mendapat momentum sejak pengenalan Bing Chat pada awal tahun ini.

Buat masa ini, Google membayar Mozilla untuk menjadi enjin carian utama pada Firefox. Walaupun pengguna boleh mengubahnya pada tetapan, tetapi pada tetapan asal yang digunakan sejumlah besar pengguna, akan menggunakan carian Google.

Ia tidak diketahui lagi bagaimana pihak Microsoft akan menstruktur bentuk pembayaran kepada Mozilla sekiranya berjaya memenangi bidaan berkenaan.

Bidaan Microsoft kepada Firefox ini dijangka akan menguntungkan bukan sahaja pihak Microsoft dalam mendapatkan pengguna pelayar web Firefox, tetapi pada masa yang sama Mozilla turut boleh kekal jana pendapatan walaupun pegangan pasaran mereka tidak gah seperti dulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd