Cari @ Amanz

Elon Musk mengumumkan beliau akhirnya berjaya mencari CEO baharu Twitter dengan beliau adalah seorang wanita. Tetapi menurut Wall Street Journal, Linda Yaccarino, yang kini memegang jawatan ketua pengiklanan dan perkongsian di NBCUniversal. Musk berkata selepas tidak lagi memegang jawatan CEO, beliau akan memegang jawatan sebagai pengerusi dan CTO.

Sebelum ini Musk menggunakan undian di Twitter untuk mengumpul pendapat pengguna sama ada beliau perlu meletakkan jawatan sebagai CEO. Sebanyak 57.5% mengundi untuk beliau meletakkan jawatan CEO. Di bawah kelolaan beliau, Twitter melakukan banyak perubahan drastik yang tidak semuanya disukai pengguna.

Pendapatan pengiklanan turut jatuh mendadak dan sekiranya Yaccarino sah adalah CEO baharu Twitter, kepakaran beliau diperlukan untuk meningkatkan semula pendapatan syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd