Sedekad yang lalu boleh dikira jumlah platform penstriman. Kerana kurangnya jumlah, hanya satu perlu dilanggan bagi mendapatkan semua kandungan setempat. Tetapi kini terdapat terlalu banyak platform sehingga sukar melakukan pilihan. Hari ini Hasbro menerusi Entertainment One (eOne) milik mereka mengumumkan platform penstriman baharu mereka berasaskan dunia Dungeons & Dragons.
Saluran Dungeons & Dragons Adventures FAST (free, ad-supported streaming television) akan disokong oleh beberapa platform yang belum diumumkan oleh eOne pada waktu ini. Ia adalah percuma dengan sokongan iklan bagi menjana pendapatan.
Kandungan yang boleh distrim ialah siri animas D&D klasik dari dekad 80an serta kandungan asli baharu “Encounter Party,” “Faster, Purple Worm! Kill! Kill!” and “Heroes’ Feast,” yang semuanya berkaitan dengan permainan D&D yang kini kembali popular.