Antara masalah membuka lama web baharu pada tahun 2023 ialah mencari nama laman yang sesuai. Kerana internet telah berusia lebih dua dekad, nama laman web yang bagus semuanya sudah diambil. Google Registry telah menambah 7 lagi domain baharu hari ini menyasarkan golongan bapa, ahli akademik dan penggiat teknologi.

7 Domain terbaru ialah .dad, .phd, .prof, .esq, .foo, .zip, .mov dan .nexus. Beberapa laman sudahpun menggunakan domain baharu ini seperti games.nexus sebuah laman permainan video dan url.zip yang memendekkan URL yang ingin dikongsi di atas talian.
Pendaftaran alamat menggunakan domain ini kini dibuka dengan terdapat bayaran yang hanya perlu dilakukan sekali. Sebelum ini Google Registry mengumumkan domain .dev dan .app untuk pembangun aplikasi.