Carian
TP-7 Adalah Pita Rakaman Digital Gaya Vintaj Oleh Teenage Engineering
May 12, 2023 Fahim Zahar

Saya suka melihat gajet moden yang menggunakan rekaan vintaj. Ia nampak unik, berbeza dengan produk lain dan kadangkala memberi peluang saya mencubanya kerana tidak pernah dan tidak dapat menggunakan produk asal.

Teenage Engineering iaitu rakan kerjasama Nothing untuk Ear (1) adalah syarikat produk audio yang handal merekabentuk produk-produk mereka dengan rekaan vintaj. Terkini adalah TP-7 iaitu pita rakaman digital (perakam suara sahaja?) gaya vintaj dengan butang-butang mekanikal dan fungsi yang hebat.

TP-7 didakwa mempunyai kualiti mikrofon yang baik untuk rakaman suara, muzik atau temubual. Produk ini mempunyai 3x port bicu audio 3.5mm untuk input/output, 1x 6.35mm output set fon kepala, sokongan audio 24-bit/96kHz, storan dalaman 128GB, bateri 7 jam dengan pengecasan USB-C dan aplikasi khas untuk mengubah audio kepada teks khusus untuk iOS. Turut tersedia adalah skrin kecil memaparkan durasi rakaman dan nama fail.

Pita rakaman digital yang nampak vintaj ini turut mempunyai banyak butang mekanikal mimik pita rakaman sebenar. Misalnya semua butang direka untuk muda dikendalikan dengan satu tangan dan secara semula jadi setiap jari bokeh tekan butang-butang penting seperti maju/mundur, rakaman pantas, butang besar untuk rakam/main/jeda, butang laras suara untuk speaker terbina serta piring di tengah yang akan bergerak apabila rakaman dimainkan dan pengguna boleh putarkan untuk maju/mundur audio atau juga jeda dengan kesan bunyi rakaman bergerak pada kadar yang pantas.

Setiap pembelian Teenage Engineering turut akan sertakan penyesuai untuk 6.35mm ke 3.5mm. Harga jualan adalah $1499 iaitu sekitar RM6707.

Komen