Fairphone Fairbuds XL akhinya dilancarkan secara rasmi dengan keunikan tersendiri, yang mana bahan kitar semula digunakan sepenuhnya dalam proses pembuatannya. Menurut Fairphone, tubuh fon telinga ini sepenuhnya diperbuat daripada plastik dan aluminium yang dikitar semula. Tidak mengejutkan kerana hal yang sama turut dilakukan oleh Fairphone menerusi beberapa produk mereka sebelum ini.
Menariknya lagi apabila fon kepala ini turut boleh dibaiki dengan mudah oleh pengguna sendiri. Terdapat kira-kira sembilan alat ganti disediakan termasuklah bateri yang perlu dibeli secara berasingan. Dalam masa sama ia juga mempunyai rekaan yang boleh dilipat bertujuan memudahkan penyimpanan sekiranya tidak digunakan.

Fon kepada Fairphone FairXL dilengkapi dengan enam mikrofon terbina yang juga menyokong pembatalan bunyi aktif dan mod ambien. Ini dipadankan pula dengan sepasang pemacu sebesar 40mm Dynamic Driver bersama dua butang fizikal yang mana salah satunya digunakan untuk tambatan bluetooth. Bateri disertakan pula diiklankan mampu bertahan sehingga 30 jam dengan ANC dimatikan dan 26 jam pula apabila diaktifkan.

Fon kepala juga mempunyai penarafan kalis air IP54 yang bermakna sesuai digunakan sewaktu bersenam. Seperkara lagi yang perlu dikatakan tiada sebarang kabel disediakan dalam kotak pembelian sebaliknya Fairphone dikatakan menjualnya secara berasingan. Harga jualan Fairphone FairXL ialah €249 (~RM1217) yang disediakan dalam warna hijau dan hitam.