Carian
Senjata Laser Pemusnah Kereta Kebal Dibangunkan Australia
May 12, 2023 Effi Saharudin

Peminat siri Command and Conquer Red Alert 2 cukup kenal dengan Prism Tank yang mempunyai kemampuan memusnahkan unit musuh menggunakan laser. Beberapa sistem laser telah dibangunkan oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan jayanya sejak lima tahun kebelakangan ini. Tetapi Australia mempunyai impian yang lebih tinggi selepas memulakan senjata laser yang boleh memusnahkan kereta kebal.

Kontrak AUD$12.9 juta dianugerahkan kepada QinetiQ Australia oleh Kementerian Pertahanan Australia untuk membangunkan prototaip senjata laser berkuasa tinggi ini. Perincian mengenai kuasa laser, saiz dan platform ia akan digunakan kelak masih lagi belum diperhalusi pada waktu ini. Senjata laser yang wujud sekarang hanya mampu menembak jatuh dron dan menangkis peluru berpandu atau mortar.

Untuk membina laser yang boleh memusnahkan kereta kebal kuasa yang lebih tinggi diperlukan. Kereta kebal utama seperti M1A2 dan Leopard 2 mempunyai tubuh yang tebal serta sistem ERA yang sukar dikalahkan sistem laser sekarang. Tetapi jika Australia berjaya, mereka akan menjadi negara pertama mempunyai Prism Tank sebenar.

Komen