Carian
Elon Musk Menamakan Linda Yaccarino Sebagai CEO Twitter
May 13, 2023 Aman

Elon Musk pada awal pagi semalam telah menyatakan yang telah melantik seorang ketua pegawai operasi baharu untuk syarikat X yang mengoperasikan Twitter. Kini, lanjutan daripadanya, Elon Musk secara rasminya menamakan orang tersebut, iaitu Linda Yaccarino.

Elon Musk menyatakan Linda Yaccarino akan memfokuskan kepada bahagian operasi perniagaan, sementara Elon Musk sendiri akan memfokuskan kepada rekaan produk dan pembangunan teknologi baharu.

Linda Yaccarino sebelum ini menerajui bahagian pengiklanan pada NBCUniversal. Berkemungkinan besar, pengalaman beliau dalam arena pengiklanan akan membantu Twitter dalam menjana pendapatan sekaligus mengubah syarikat tersebut kepada syarikat yang menjana keuntungan.

Sama-sama kita nantikan perkembangan platform Twitter ini dibawah pengurusan baharu tidak lama lagi.

Komen