Carian
ChatGPT Plus Kini Boleh Melayari Web Dalam Menjawab Sesuatu Persoalan
May 13, 2023 Aman

OpenAI hari ini mengumumkan mereka telah mula memperkenalkan ciri “Web Browsing” untuk semua pengguna ChatGPT Plus secara berperingkat. Dengan penawaran ini, ia akan membolehkan ChatGPT untuk mengakses dan melayari web dalam menjawab persoalan yang diutarakan.

Seperti ramai sedia maklum, data pada ChatGPT terhad sehingga tahun 2021 sahaja, dan dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan jawapan melibatkan pelbagai topik-topik terkini. Ini sekaligus akan menjadikan jawapan atau penyelesaian yang ditawarkan ChatGPT bercorak lebih terkini dan lebih relevan.

Bagi anda yang menggunakan ChatGPT Plus, boleh ke halaman Settings, dan seterusnya pilih Beta Feautres, dan mengaktifkan ciri Web Browsing melaluinya.

Komen