Cari @ Amanz

Google Chrome merupakan salah satu pelayar web yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ramai yang menggunakannya kerana boleh selarikan pelbagai perkara antara pelayar web di desktop dan pada telefon pintar seperti Android dan iPhone.

Apa pun, dengan menggunakan ia untuk tempoh masa yang lama, kadang-kala pelayar web yang digunakan kita akan menjadi sedikit berat atau menggunakan memori lebih tinggi. Ini mungkin disebabkan beberapa perkara, termasuk kerana pemasang Extensions atau pemalam yang banyak pada pelayar web Chrome.

Untuk mengembalikan Chrome seperti asal, pihak Google menyertakan sebuah ciri khas pada Google Chrome, iaitu kebolehan tetapkan semula atau reset Chrome. Bagi anda yang berhasrat untuk reset semula Chrome, anda hanya perlu ke:

  • Buka Chrome, dan ke Settings atau Tetapan
  • Pilih Tetapkan Semula Tetapan pada bahagian kanan (Reset settings dalam bahasa Inggeris)
  • Pilih Pulihkan tetapan kepada lalai asal (Reset settings to their original defaults).

Dengan langkah ini, Chrome akan kembali semula seperti asal, dimana ia akan mengubah tetapan kepada asal bagi halaman tab baharu, halaman permulaan, tetapan enjin carian, tab yang dipinkan, dan juga akan nyah-aktifkan pelbagai pemalam atau Extensions pada pelayar web tersebut.

Apa pun, data seperti Bookmark, sejarah pelayaran dan juga kata laluan yang disimpan tidak akan dibuang ketika menetapkan semula pelayar web ini.

Dengan langkah ini, ia akan menjadikan pelayar web anda sedikit pantas kembali, seperti penggunaan Google Chrome pada asalnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd