Samsung kini memaklumkan mereka telah bertemu dengan Tesla – termasuk Elon Musk untuk berbincang berkenaan potensi bekerjasama dalam pembangunan teknologi automotif tahap tinggi. Perbincangan ini boleh dikatakan pada peringkat awal, tetapi perkongsian ini memperlihatkan pelaburan dan fokus Samsung dalam arena automotif.

Kedua-dua pihak dikatakan berpotensi untuk bekerjasama dalam sejumlah perkara melibatkan automotif, termasuk pembangunan cip untuk kenderaan autonomi dan swapandu. Malah, dengan pelbagai cip yang kini disertakan pada kenderaan, pelbagai syarikat automotif yang turut bekerjasama dengan syarikat semikonduktor untuk penghasilan cip.
Buat masa ini, ia tidak dikongsikan secara khusus apakah kerjasama yang akan dilakukan oleh Samsung dan Tesla. Dalam lawatan kerja pihak Samsung ke Amerika Syarikat, mereka turut bertemu dengan syarikat teknologi lain, termasuk Microsoft dan Google.
- Sumber
- Yonhap