Cari @ Amanz

Yoodo pada hari ini telah sedia dikenali ramai dengan penawaran pelan telekomunikasi yang membolehkan pengguna sendiri menetapkan dan menyesuaikan kuota data, keperluan minit panggilan, dan SMS. Ia semuanya boleh disesuaikan terus melalui aplikasi Yoodo, dan membayar apa yang diperlukan oleh seseorang pengguna sahaja.

Lanjutan daripadanya, kini Yoodo melalui sebuah temuramah khas, turut menyatakan dalam beberapa bulan lagi, Yoodo akan membolehkan pengguna turut menyesuaikan tempoh bil atau tempoh aktif pelan mengikut keperluan masing-masing.

Ini sekaligus akan mengubah tetapan aktif 30 hari yang dilaksanakan hari ini. Dengan perubahan ini, pengguna boleh melakukan tetapan sebagai contoh, hanya bilkan setiap 90 hari, dan membeli data yang sesuai untuknya, sekaligus menikmati talian Yoodo untuk tempoh tersebut. Ia juga akan memudahkan para ibu bapa dalam membelikan data kepada anak-anak mereka.

Yoodo menyatakan dengan tempoh bil yang panjang, ia akan memudahkan lagi pengurusan oleh pengguna, disamping akan memberikan pengguna lebih diskaun apabila membeli data atau panggilan dengan tempoh aktif lama.

Pihak Yoodo masih tidak berkongsi akan apakah had tempoh masa maksima atau minima, dan buat masa ini. Maklumat lanjut berkenaan dengannya dijangka dikongsikan apabila produk tersebut telah tersedia kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd