Oppo A98 5G telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Di Malaysia peranti hadir dengan skrin 6.72″IPS LCD FHD+ 120H, dijana cip Snapdragon 695, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 67W.

Kamera utama 64MP sudut lebar dipadankan dengan 2MP mikrolens dan 2MP kedalaman. Di hadapan pula sebuah kamera 32MP digunakan untuk swafoto yang diletakkan dalam lubang kamera. Pengimbas cap jari diletakkan pada sisi kanan terbina dalam butang kuasa.
Sistem operasi yang digunakan ialah ColorOS 13 yang berasaskan Android 13. Sebuah bicu audio 3.5mm juga masih disertakan bersama dengan sokongan audio stereo.
.

Oppo Malaysia akan membuka pratempahan dari 15-18 Mei ini pada harga RM1399 dengan hadiah percuma Oppp Band, TWS dan jaminan 1+1 tahun bernilai RM377 diberikan percuma dengan setiap pembelian. Jualan terbuka pula boleh dilakukan bermula 19 Mei 2023.
