Pengiklanan digunakan untuk melakukan produk dan membolehkan orang ramai tahu mengenai kelebihan berangan yang ingin dijual. Di media tradisional dan sosial, sudah menjadi mustahil untuk melarikan diri daripada pengiklanan. Bagi menjual Pixel 4 dan 4 XL, Google membeli slot pengiklanan di Texas beberapa tahun lalu. Tetapi kerana ianya tidak telus, Google bersetuju membayar denda $8 juta (~RM36 juta) kepada negeri Texas, Amerika Syarikat.
Dalam sebuah iklan radio, DJ mengatakan mereka menggunakan Pixel 4 sedangkan realitinya ini tidak berlaku kerana peranti tidak pernah digunakan dan belum lagi dijual. Oleh sebab testimonial dalam iklan dipalsukan, ia melanggar undang-undang pengiklanan di Texas. Denda dibayar selepas Google diheret ke mahkamah.
Sebelum ini Google turut membayar denda kepada FTC atas kesalahan melakukan teknik pengiklanan yang tidak telus di enam lagi negeri di A.S.