Semasa di sekolah kami menerima tugasan daripada guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk membaca novel terpilih. Selepas dibaca ulasan dengan analisa novel tersebut perlu ditulis bagi melihat sama ada pembaca memahami cerita, mengenalpasti analogi yang digunakan dan kemudian membincangkannya dalam kelas. Proses ini boleh mengambil masa beberapa hari.

Claude AI sebuah kecerdasan buatan oleh Anthropic telah dibangunkan dengan kemampuan membaca sebuah novel dengan 75,000 perkataan dalam masa 60 saat sahaja. Selepas “dibaca”, Claude boleh menghasilkan ringkasan buku yang dibaca dan disoal mengenai kandungannya. Sebagai contoh pengguna boleh bertanya mengenai plot, nama watak dan jalan cerita. Claude kemudian boleh membalas soalan dalam bentuk teks. Audio juga boleh diproses oleh Claude AI dengan podsiar sepanjang 6 jam juga boleh diproses berdasarkan transkrip yang dihasilkan.
Lebih menarik menurut Anthropic ialah Claude AI boleh memproses sehingga 100,000 token pada satu-satu masa yang lebih besar berbanding 8000 token pada GPT-4. Token ialah kemampuan sesebuah AI memproses konteks pada teks yang dibaca. Pada asalnya Claude AI dibangunkan untuk membaca journal perundangan dengan pantas bagi peguam dan pelajar bidang perundangan meringkaskan sesebuah kes. Kemampuan ini turut berguna bagi membaca novel.
Pada waktu ini Claude AI ditawarkan kepada pelanggan Anthropic untuk menghasilkan ringkasan kenyataan kewangan dan kertas kajian .