JBL adalah antara pengeluar produk audio yang cukup terkenal. Kebanyakan produk mereka dikenali kerana spesifikasi yang baik, kualiti audio yang hebat, pengalaman pendengaran seakan produk premium pada harga yang tidak koyak kocek. Bagi yang tidak tahu JBL adalah jenama di bawah Harman International yang dimiliki sepenuhnya oleh Samsung.
Jenama ini masih aktif di Malaysia dengan baru-baru ini mereka mula menjual siri JBL Bar iaitu set teater rumah iaitu set soundbar baharu dengan harga ribuan ringgit.
JBL Bar 1300
JBL Bar 1300 adalah set soundbar paling premium mereka dengan sokongan Dolby Atmos, DTS:X dan MultiBeam Surround Sound yang memberi audio 3D. Pada soundbar ini turut terdapat dua speaker yang boleh dicabut dan diletakkan di lokasi terbaik pengguna seperti di belakang sofa.

Soundbar ini juga adalah set speaker pintar dengan sokongan Alexa, AirPlay serta Chromecast terbina. Ia menggunakan kuasa 1170W, subwoofer nirwayar 10″, boleh melakukan penentukuran dengan mudah, boleh menjadi speaker Bluetooth biasa, ada ciri PureVoice untuk meningkatkan vokal serta menyokong HDMI eARC dengan 4K Dolby Vision passthrough.

Soundbar JBL Bar 1300 dilengkapi dengan 6x pemacu litar lumba (racetrack drivers) 46×90 mm, 5x tweeters 0.75″, 4x pemacu audio 2.75″ tembak ke atas dan turut mempunyai subwoofer 10″. Pada spekaer boleh tanggal pula terdapat 1x 6x pemacu litar lumba 46×90 mm, 1x tweeter 0.75″ dan 1x pemacu audio 2.75″ tembak ke atas dan 2x 48×69 mm radiator pasif. Untuk sambungan terdapat 1x optikal, Bluetooth, USB-A dan HDMI eARC. Bateri pula adalah 6600mAh dengan ketahanan mencapai 12 jam.
JBL Bar 1300 dijual di Malaysia pada harga RM7999.
JBL Bar 1000
JBL Bar 1000 juga adalah set soundbar premium tetapi dengan kuasa lebih rendah iaitu 880W sahaja. Kemudian spesifikasi dalaman pula adalah 5x pemacu litar lumbar 46×90 mm, 3x tweeter 0.75″, 2x pemacu tembak ke atas 2.75″ dan 1x subwoofer 10″. Sementara pada speaker boleh tanggal ia menggunakan 1x tweeter 0.75″ dan 1x pemacu audio 2.75″ tembak ke atas. Bateri pula adalah lebih kecil iaitu 3283mAh.

Turut tersedia adalah dua speaker pada soundbar yang boleh ditanggalkan. Spesifkasi lain seperti sokongan 4K Dolby Vision passthrough, Dolby Atmos, DTS:X, MultiBeam Surround Sound, Alexa, AirPlay dan Chromecast dikekalkan. Harga jualan adalah RM4999.
JBL Bar 800
Model ini pula adalah dalam kategori premium asas. JBL Bar 800 menyokong True Dolby Atmos Surround Sound, masih hadir dengan dua speaker boleh tanggal, kekal lagi dengan sokongan AirPlay, Chromecast, tetapi kuasa dihadkan kepada 720W sahaja. Turut tidak lupa subwoofer 10″ masih disertakan sekali.

Untuk spesifikasi dalaman ia hanya mempunyai 3x pemacu litar lumbar 46×90 mm, 3x tweeter 0.75″, 2x pemacu tembak ke atas 2.75″ dan 1x subwoofer 10″. Speaker boleh tanggal hanya menggunakan 1x pemacu litar lumba 46×90 mm dengan bateri sama dengan JBL Bar 1000 iaitu 3283mAh. Harga jualan adalah murah RM1000 iaitu RM3999.
JBL Bar 500
Ini mungkin antara model yang disukai ramai kerana merupakan soundbar kelas pertengahan premium dengan ciri sama pada model 1300 dan 1000 iaitu menyokong Dolby Atmos dan MultiBeam Surround Sound. Cuma kuasa terhad kepada 590W sahaja. Lain-lain ciri dan spesifikasi pula adalah sama termasuk 4K Dolby Vision passthrough, Chromecast dan AirPlay. Beza paling ketara adalah ia tidak mempunyai speaker boleh tanggal.

Konfigurasi soundbar adalah 4x pemacu litar lumbar 46×90 mm, 3x tweeter 0.75″ dan 1x subwoofer 10″. Ia juga tiada bateri kerana perlu sentiasa bersambung kepada palam kuasa. Harga jualan adalah RM2999.
JBL Bar 300
Akhir sekali adalah JBL Bar 300 yang paling murah antara kesemua soundbar yang dilancarkan hari ini. Spesifikasi yang menghampiri JBL Bar 500 tetapi kuasa 260W sahaja dan tiada subwoofer asing kerana ia hadir secara terbina. Ini bermakna bass mungkin tidak akan sekuat model lain tetapi semua ciri dan fungsi menarik boleh digunakan. Harga jualan model ini pula adalah RM2399.
Kesemua JBL Bar yang dilancarkan ini turut boleh dikawal dengan aplikasi JBL One. Jualan bagi kesemuanya juga telah bermula di laman web rasmi JBL Malaysia dan turut akan dijual di Lazada, Shopee dan pengedar sah yang lain.