Pada seorang bayi, DNA tubuh mereka akan mengandungi gabungan DNA si ibu dan si bapa. Dalam situasi tertentu, berlaku mutasi pada DNA mitokondria ibu yang menyebabkan penyakit boleh berlaku semasa di dalam rahim atau selepas dilahirkan yang menyebabkan kematian. Di UK, seorang lagi bayi telah dilahirkan dengan ia mempunyai gabungan DNA tiga individu berbeza menurut laporan Intertesting Engineering.

Rawatan rawatan derma mitkondria (MDT) mengambil 37 gen daripada telur penderma yang tidak mempunyai mutasi mitokondria. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam embrio daripada telur ibu dan sperma bapa. Dengan MDT, mutasi mitokondria akan dapat dielakkan sekaligus mengelakkan kematian. Walaupun DNA adalah gabungan daripada 3 individu, 98% DNA bayi yang dilahirkan disumbangkan oleh ibu dan bapa sebenar.
Bayi dengan gabungan tiga DNA yang dilahirkan ini tidak didedahkan identitinya tetapi adalah yang kelima dalam sejarah perubatan. Rawatan gen MDT ini membantu pasangan yang sering keguguran kerana mutasi menyebabkan bayi mati dalam kandungan atau beberapa tahun selepas dilahirkan. Ia mungkin antara cara sains akan cuba menyelesaikan penyakit genetik yang diturunkan dari ibu bapa ke anak dalam masa terdekat.