Cari @ Amanz

Disney+ Hotstar merupakan salah satu perkhidmatan penstriman di Malaysia, memberikan akses kepada sejumlah kandungan terbitan Disney dan penerbitan dibawahnya. Hari ini, perkhidmatan penstriman berkenaan telah mula memperkenalkan antaramuka baharu kepada para pengguna perkhidmatan penstriman tersebut di web di Malaysia.

Melalui pembaharuan ini, antara perkara yang menjadi fokus adalah pengenalan ciri menambah profil pengguna – lebih kurang seperti Netflix. Namun, buat masa ini, ia hanya dihadkan kepada satu profil pengguna dan satu profil kanak-kanak. Disney+ Hotstar melabelkan ciri menambah profil lain sebagai akan datang.

Disamping itu, kini kandungan dari Star juga turut ditambah dibawah Disney+ Hotstar, dan menerima kategori tersendiir – selain Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic.

Antaramuka baharu ini tampak lebih tersusun dan moden berbanding sebelum ini. Bagi anda yang menggunakan Disney+ Hotstar, boleh menyemak laman berkenaan hari ini, dan menikmati antaramuka baharu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd