AirAsia Food merupakan salah satu aplikasi yang diperkenalkan oleh pihak AirAsia sebagai perkhidmatan yang memudahkan pengguna melakukan tempahan makanan, dan menerima makanan di rumah – lebih kurang seperti FoodPanda dan Grab Food.
Namun, dengan persaingan sengit, kini AirAsia Food melihat kepada beberapa alternatif. Terbaru, AirAsia mengumumkan kerjasama dengan pihak FoodPanda, sekaligus menyatakan yang mana AirAsia Food akan beralih kepada model belian di tempat makan.
Dengan langkah ini, AirAsia akan menghubungkan pengguna aplikasi AirAsia kepada rangkaian FoodPanda, sementara AirAsia Food pula akan memfokuskan kepada pengguna yang hadir ke restoran, dan melakukan pembelian serta tempahan makan di sana.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ciri baharu tempahan dalam kedai makan pada aplikasi AirAsia Foods akan berfungsi. Daripada pengalaman kami sendiri, arena ini diterajui oleh Beepit pada hari ini – membolehkan pengguna melakukan tempahan dari meja makan, dan seterusnya melakukan pembayaran pada aplikasi terus. Mungkinkah, AirAsia Food akan mencabar Beepit selepas ini?