Carian
OpenAI Dilaporkan Bakal Perkenal Model AI Dalam Bentuk Sumber Terbuka
May 16, 2023 Aman

OpenAI, syarikat yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan seperti ChatGPT dan juga Dall-E, kini dilaporkan sedang dalam proses untuk memperkenalkan model bahasa raya baharu kepada umum tidak lama lagi. Model bahasa ini bakal ditawarkan kepada umum dalam bentuk sumber terbuka.

Langkah ini diambil oleh OpenAI dengan letusan pelbagai pembangunan alternatif kepada ChatGPT dalam bentuk sumber terbuka. Namun, mengikut laporan sama, model sumber terbuka ini tidak akan menyaingi penawaran GPT oleh syarikat tersebut.

Ini juga akan membolehkan OpenAI membangunkan salah satu model secara terbuka dan disertai oleh pelbagai pembangun di seluruh dunia.

Buat masa ini, pihak OpenAI tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan dengan arena kecerdasan buatan ini, dan bagaimana ia bakal mengubahnya kelak.

Komen