Kyocera Menghentikan Pengeluaran Telefon Pintar Untuk Kegunaan Awam
May 16, 2023
Kyocera
Peranti
Effi Saharudin
Kyocera menjadi sebuah lagi syarikat menarik diri dari pasaran telefon pintar untuk kegunaan awam. Syarikat dari Jepun ini mengumumkan penarikan mereka pada pagi dan akan menumpukan pengeluaran telefon pintar untuk pasaran korporat sahaja.

Di Malaysia penarikan daripada pasaran awam kini tidak akan meninggalkan impak yang besar kerana peranti mereka tidak pernah dipasarkan secara rasmi. Sejak memasuki arena ini, Kyocera ada menawarkan beberapa peranti unik seperti Echo yang mempunyai dwi-skrin. Ia hadir terlalu awal sebelum teknologi ini cukup matang untuk dikomersialkan dengan sempurna.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.