Ciri komunikasi satelit pada iPhone dalam situasi kecemasan kini diaktifkan kepada pengguna di Australia dan New Zealand. Ia disokong pada telefon iPhone 14, 14 Plus, 14 Pro dan 14 Pro Max di dua negara tersebut dengan ianya percuma selama dua tahun bermula semalam.
Selain dua negara tadi, ciri ini juga boleh digunakan di Austria, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Portugal, UK dan Amerika Syarikat. ia membolehkan mesej SMS kecemasan dihantar kepada pasukan kecemasan lengkap dengan lokasi GPS terakhir pengguna. Sejak diperkenalkan pada penghujung tahun lalu, ciri ini telah berjaya digunakan untuk menyelamatkan beberapa pengguna.