PRISM+ adalah pengeluar monitor dan televisyen yang cukup terkenal dengan penawaran harga produk yang mampu milik berbanding pesaing. Mereka cuba berikan ciri, fungsi dan memuatkan spesifikasi TV premium dalam pakej yang mampu.

Hari ini PRISM+ Malaysia telah melancarkan televisyen Google TV pertama mereka iaitu Q Series 4K Ultra QLED yang mempungai tiga saiz iaitu 55″, 65″ dan 75″. Panel skrin QLED iaitu berdasarkan teknologi Quantum Dot LED yang digunakan turut menjanjikan ketahanan jangka masa panjang tanpa isu tunaskrin.
Televisyen Q55 Ultra, Q65 Ultra dan Q75 Ultra semuanya mempunyai spesifikasi sama kecuali saiz. Ini bermakna semua TV boleh memaparkan kandungan HDR10+, menyokong Dolby Vision, audio Dolby Atmos dan terbaru TV ini turut memfokuskan kepada paparan mod Filmmaker.

Ciri lain seperti DTS TruSurround, kawalan suara dengan Google Assistant, penyiaran kandungan dengan Chromecast, dan banyak lagi. Speaker yang terbina adalah stereo 2x 12W. Untuk port sambungan televisyen ini mempunyai 3x HDMI 2.0, 1x HDMI ARC, 2x USB 2.0, AV in, audio Optikal out, Bluetooth 5.1, RF in dan Ethernet LAN.

PRISM+ turut memberi jaminan 2 tahun untuk setiap televisyen ini dan menyertakan langganan percuma untuk beberapa perkhidmatan penstriman video seperti Viu 1 tahun, mewatch 3 bulan, Durioo+ 3 bulan dan weTV 3 bulan. Harga jualan televisyen yang dilancarkan adalah seperti berikut;
Ini adalah antara penawaran harga yang cukup mampu milik untuk televisyen Google TV yang beresolusi 4K UHD serta yang menggunakan panel QLED. Adakah anda akan mendapatkannya nanti?