Cari @ Amanz

Speaker-speaker Sonos yang anda boleh beli di Malaysia semuanya boleh dikawal dengan satu aplikasi iaitu Sonos yang ada di App Store dan Play Store. Aplikasi ini turut ditawarkan kepada pengguna macOS dan juga Windows.

Menarik pada aplikasi Android adalah aplikasi ini membenarkan pengguna memainkan muzik tersendiri. Ini bermakna fail-fail audio seperti .wav, .mp3 dan sebagainya daripada peranti ke speaker Sonos. Tetapi bermula hujung bulan Mei ini, Sonos akan mengemaskini aplikasi untuk Android agar pengguna dihadkan hanya boleh mainkan muzik melalui perkhidmatan penstriman sahaja.

Ciri ini dinamakan sebagai On this device dan akan tamat secara rasmi pada 23 Mei ini. Pengguna haruslah gunakan Apple Music, YouTube Music, Deezer atau Plex. Kaedah lain seperti Spotify anda boleh pilih daripada tetapan Spotify sendiri untuk dimainkan pada speaker Sonos.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd