Maxis, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dikenali juga untuk program kelas digital mereka yang dinamakan Maxis eKelas. Program kelas digital ini secara lazimnya dimanfaatkan oleh para pelajar sekolah menengah, dan telah diuji di sekolah-sekolah luar bandar di seluruh negara.
Terkini, Maxis mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani memorandum kerjasama dengan UiTM untuk memperkenalkan kandungan baru untuk program eKelas ini.
“Kolaborasi dengan Maxis akan membolehkan pelajar-pelajar kami meneroka potensi mereka dalam penyediaan kandungan dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam penghasilan kandungan digital dengan bimbingan daripada pakar dalam bidang ini. Ini sejajar dengan komitmen untuk menyediakan pendidikan inovatif kepada pelajar-pelajar kami. Kami harapkan kerjasama ini membuahkan kejayaan,” kata Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM.

Maxis dan UiTM mengatakan bahawa mereka akan mengguna-pakai tenaga kerja dan kepakaran mereka untuk membangunkan kandungan video untuk matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dalam bentuk peranan watak kehidupansebenar, eksperimen, dan animasi untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik bagi pelajar-pelajar eKelas.
Selain daripada ini, Maxis juga telah memperkenalkan dua buah matapelajaran baru ke platform eKelas mereka, iaitu Bahasa Malaysia dan telah mengemaskini antaramuka platform tersebut untuk memudahkan para pelajar untuk mengakses kandungan. Program Maxis eKelas juga mempunyai 75 ribu pelajar berdaftar setakat ini.