Cari @ Amanz

Pelancaran untuk peranti boleh-pakai baharu Mobvoi TicWatch Pro 5 nampaknya semakin hampir. Ia boleh dilihat apabila pengeluar tersebut mula melancarkan kempen yang menawarkan TicWatch Pro 5 sebagai hadiah menarik untuk dimenangi. Dalam masa sama rekaan turut diperlihatkan sepenuhnya yang mirip seutas TicWatch Pro 3 Ultra GPS sebelum ini.

Skrin bulat dengan dua butang fizikal tunggal digunakan pada jam tangan ini. Ia dipadankan pula dengan tali jam silikon yang juga menggunakan cangkuk sejenis standard. Ini bermakna tali jam tersebut boleh ditukar ganti sekiranya perlu. Tarikh akhir kempen turut memberi petanda pelancaran untuknya dijangka boleh berlangsung sekitar bulan ini. Sekiranya benar ia dianggap berita gembira buat pengguna yang menunggu kehadirannya sejak diacah pada tahun lalu.

Tiada maklumat mengenai perkakasan dalaman juga didedahkan buat masa ini. Namun ia bakal menjadi jam tangan pintar pertama yang dikuasakan oleh cip Snapdragon W5+ Gen 1 dengan prestasi lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd