Cari @ Amanz

Nampaknya penjejak objek Apple AirTag akan menerima sekuel. Menurut Patently Apple, Apple mempunyai paten untuk sejenis penjejak yang boleh pakai. Paten didaftarkan sejak tahun 2020 dan hanya didedahkan kepada umum baru-baru ini sahaja.

Objek yang dikatakan AirTag boleh pakai ini dikatakan perlu dihubungkan kepada iPhone dan kemudian boleh dipakai pada tubuh pengguna atau pada pakaian. Penjejak ini akan digunakan untuk pemantauan postur, pendedahan kepada cahaya matahari, terapi fizikal, pembantu ketika berlari, pengesan jika jatuh, biometrik, pelatih peribadi dan banyak lagi.

Ciri dan fungsi yang dijelaskan pada paten Apple ini mencadangkan penjejak ini adalah seakan Apple Watch. Tetapi sensor yang digunakan besar kemungkinan adalah untuk membaca data yang lebih jitu dan melakukan analisa pemantauan yang lebih butiran.

Mungkin AirTag boleh pakai ini adalah untuk mereka yang tiada Apple Watch atau yang tidak memerlukan jam tangan pintar. Apa kata anda?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd