Cari @ Amanz

ASUS kini hadir dengan paparan mudah alih baharu menerusi ZenScreen MB16HG. Ia membawakan skrin sebesar 16-inci sejenis IPS WQXGA dengan kadar segar semula 120Hz. Paparan ini juga menerima pengiktirafan Versa DisplayHDR 400 yang juga menyokong gamut warna DCI-P3 dengan 100% SRGB dan kecerahan puncak 500nits.

Selain itu ia juga didatangkan dengan dengan tapak khusus boleh laras yang membolehkan pengguna mengubahsuai mengikut keselesaan masing-masing. Dalam masa sama turut mempunyai sensor orientasi terbina yang boleh mengubah paparan diantara mod landskap dan potret secara automatik.

Pilihan sambungan yang disediakan pula merangkumi dua port USB-C yang diletakkan di bahagian sisi yang berasingan. Di samping itu, port HDMI dan bicu audio 3.5mm juga disertakan bertujuan menyediakan sambungan lebih pelbagai.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd