Cari @ Amanz

Twitter kini dilaporkan telah mengambil-alih Laskie, iaitu sebuah platform memfokuskan kepada pengambilan pekerja, khusus untuk arena teknologi. Buat masa ini, laman rasmi Laskie menyatakan platform tersebut tidak lagi disediakan kepada umum.

Laskie sebelum ini memfokuskan untuk menghubungkan pekerja kepada majikan, berasaskan kepada profil pekerja dan keperluan sesuatu syarikat. Ia tidak diketahui berapakah nilai yang dibayar oleh Twitter dalam mengambil-alih platform tersebut, dan bagaimana ia akan diintegrasikan pada Twitter.

Elon Musk sedia menyatakan sasaran untuk menjadikan Twitter sebagai aplikasi semua dalam satu. Ini mungkin langkah pertama dalam mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri ke Twitter, sekaligus menjadikan ia bukan sekadar laman sosial sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd