Cari @ Amanz

Celcom hari ini memperkenalkan sebuah pelan prabayar baharu, dinamakan sebagai Xpax Prepaid Unlimited 40. Seperti pada namanya, pelan tanpa had ini hadir pada harga langganan RM40 sebulan.

Pelan tanpa had ini menawarkan akses data pada rangkaian 4G dan juga 5G. Pelan ini masih tertakluk dibawah FUP sehingga 60GB, dan selepas itu, kelajuan akan dihadkan kepada 512kbps, sehingga bulan baru.

Pelan baharu ini juga hadir dengan internet berkelajuan tinggi sebanyak 10GB, selain data 3GB untuk hotspot. Pelan Xpax Prepaid Unlimited 40 ini juga turut hadir dengan pilihan untuk melanggan pek 5G untuk kelajuan tambahan kelak. Buat masa ini, Celcom menawarkan 5G Booster ini secara percuma sehingga 31 Mei 2023.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran pelan baharu Celcom ini di laman rasmi mereka hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd