Carian
Honor 90 Dijangka Diperkenalkan Penghujung Bulan Ini – Gambar Awal Tertiris
May 16, 2023 Aman

Honor kini dijangka memperkenalkan telefon pintar baharu dibawah siri Honor 90 – yang dijangka menawarkan kemaskini yang agak kecil berbanding siri Honor 80 sebelum ini. Dua model dijangka diperkenalkan pada penghujung Mei ini, iaitu Honor 90 dan juga Honor 90 Pro.

Melalui gambar yang tertiris, ia memperlihatkan rekaan bahagian kamera yang dibahagikan kepada dua bahagian. Mengikut desas-desus, Honor dijangka menawarkan pilihan kamera sehingga 200MP, selain dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Maklumat penuh berkenaan dengan siri ini masih tidak diketahui lagi. Honor dijangka memperkenalkan Honor 90 ini secara rasminya pada 29 Mei di China.

Komen